Thursday, October 16, 2008

Gambarkan suasana yang kamu lihatdi sebuah pusat makanan yang kamu suka kunjungi di negara ini.Selain itu, ceritakan juga tentang perasaan dan pengalaman kamu semasa berada di sana.

Bau makanan yang sedap akan 'menarikku' ke tempat itu.Seolah-olah aku disangkut oleh mata kail si nelayan.Haruman shisha membuat ku merasa sangat tenang.Mungkin tidak banyak orang yang tahu kedai ini wujud kerana kedai ini terletak di kawasan yang jauh dari estet-estet perumahan.

Sunday, August 24, 2008

Bersukan Banyak Faedah-faedahnya

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sukan itu adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan, pertandingan, kegiatan, menyihatkandan sebagainya. Antara contoh-contoh bersukan ialah tennis, bola sepak, bola tampar atau bola keranjang. Jadi, apa gunanya kita bersekan??



Satu dari antara faedah-faedah bersukan ialah bersukan boleh mengurangkan berat badan seseorang dan mengelakkan kegemukkan. Mengikut kajian scientific dan fizikal, cara mengurangkan berat badan ialah dengan bersukan. Menggunakan ubat-ubat mengurangkan berat badan seseorang mungkin akan menjejas kesihatan mereka.

Kedua, bersenam dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakt seperti serangan jantung, darah tinggi dan sakit jantung. Terbukti bersenam ubat yang terbaik.

Ketiga bersukan dapat menaikkan economi negara. Olimpik sekarang diadakan diadakan di China. Dengan itu, semua orang akan ke China untuk menyaksikan olimpik. China akan mendapat duit yang lumayan.

Bedasarkan faedah-faedah yang telah dibentangkan,bersukan memang amat penting bagi setiap manusia tidak kira janda atau usia.Ia juga berguna untuk negeri.Kesimpulannya, bersukan itu bagus

Monday, August 11, 2008

Aku Seekor Panda

Enam purnama telah berlalu.Kini aku hidup keseorangan.Keluarga ku semuanya telah pupus dari dunia yang kejam ini.Aku akan menceritakan kekejaman manusia.

Aku baru berumur dua tahun pada masa itu.Aku bersama keluargaku sedang memakan buluh di hutan.Panda-panda yang lain juga berada di situ.Adik-beradikku sedang bermain-main berdekatan.Tiba-tiba,aku terdengar bunyi gerakkan tapak kaki manusia.Lima orang manusia keluar dari bayangan memegang selaras senapang M-16.Semua panda-panda berlari lintang-pukang.Pemburu-pemburu mengejar kami.Seorang pemburu dapat menembak adik-beradikku dan bapaku.Aku meneruskan melarikan diri bersama ibuku.Kami bersembunyi belakang pokok yang besar.

Syahdan,ibuku berkata,"Larikan diri Nak.Biarlah ibu cuba sedaya upaya untuk menahan pemburu-pemburu.Ingatlah hari ini hingga ke hayatmu."

Airmata menitis dari mataku.Inilah kali terakhir aku akan melihat wajah ibuku.Aku melari sambil melihat wajah ibuku.Ibuku melari menuju ke pemburu-pemburu.Dia dapat menggigit seorang pemburu.Pemburu-pemburu yang lain menembak ibuku dari semua arah.Ibuku melepaskan raungan terakhirnya.

Kini kesedihan ku mengubah menjadi kebencian.Aku bersumpah atas nama keluargaku akan membalas dendam kepada manusia.Aku bersumpah selagi kakiku menjejak di bumi ini!
AKU BERSUMPAH!

Thursday, July 10, 2008

Aku sebuah Kereta Api

Aku sebuah kereta api.Aku berwarna hiitam dan coklat.Aku berusia dua puluh tahun.Aku tinggal di tempat meletak keretaapi di Tanah Merah bersama kretaapi yang lain.Aku berjalan bereta Singapura mengambil penumpang ke destinasi yang dikehendaki.Tetapi sekarang,aku sudah tidak berfungsi lagi.Enjinku sudah bertahun tidak berfungsi.Rinduku kepada bunyi enjinku tak terkata.Semua ini sebab kejadian yang berlaku sewakt aku sedang menghantar penumpang ke destinasi yang lain.

Aku sedang menghantar penumpang ke destinasi dengan mata yang layu.Semalam,aku telah bekerja lebih lama dari keretaapi yang lain.Landasan diatur menuju ke arah kanan.Aku mengikut landasan.Tiba-tiba,rodaku lari dari landasan.Aku membaling keluar landasan.Aku membaling keluar landasan dan menggolek ke sebuah kampung yang berdekatan.Semua benda yang berada di jalanku semuanya musnah.Lebih dari setengah penatap kampung itu mati dan banyak yang cedera.Semuanya salahku.

Sekarang aku hanya berehat di tempat meletak keretaapi yang tidak digunakan lagi.Badanku berkarat dan kotor.Pemilikku tidak mahu membayar wang untuk membaiki diriku .Aku menunggu waktu waktu hingga nyawaku ditarik.Setiap hari di dunia inihanya membawa kesedihan dan keinginan untuk pupus dari dunia ini.Aku masih ingin membawa penumpang di dalam badanku dan berjalan di landasan.